Kelas ICT & Advokasi KDB

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT dan Advokasi KDB ini telah diadakan pada hari Ahad, 20 Oktober 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara membuat slaid pembentangan yang ringkas bertemakan Tempat-tempat Menarik di Sarawak menggunakan MS PowerPoint. Para peserta diajar cara untuk memasukkan slaid baru, teks dan gambar yang telah dimuat turun dari internet. Mereka turut mempelajari penggunaan ribbon-ribbon MS PowerPoint seperti Design, Transitions dan Animations untuk membuat slaid pembentangan yang lebih cantik dan menarik.

Selain itu, para peserta turut mempelajari tips-tips dan teknik pembentangan yang berkesan dan menarik menggunakan MS PowerPoint. Setelah para peserta menyiapkan slaid pembentangan mereka, mereka telah diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka disamping meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berucap di hadapan khalayak umum.

Selepas sesi pembentangan tersebut, kelas diteruskan dengan advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan topik buli siber dan “cyber grooming” yang bertujuan untuk mendidik para peserta agar menggunakan internet dengan berhemah dan selamat.

Kemudian, kelas diteruskan lagi dengan sesi menjawab soalan kuiz bagi pelbagai subjek sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui sesi ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran.

Kelas yang berlangsung selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 11 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali